Wednesday, May 1, 2013

Siakap Kukus 5 Rempah

Ini adalah resepi atau menu yang dipilih untuk masuk bertanding, pertandingan memasak SIAKAP anjuran company sempena 'Nature Day'.....

 Yang ni trial masa kat rumah before keesokkan harinya iaitu hari nak bertanding......nak test dulu kot2 kalau x jadi ......


 Inilah hasilnya menu yang telah siap dihari pertandingan......rezeki tidak menyebelahi kami yang terpaksa bersaing dengan SIAKAP yang lain2 dimasak dengan resepi ala masakan Thai dan Melayu......hanya kami sahaja yang masak stim/kukus lebih kepada masakan ala Chinese stail.., yang lain semua bakar n goreng........hehe..;)
 Pengalaman pertama kali masak dalam pertandingan ...huhu....kelemahan yang dapat dikenalpasti, sayurnya overcook la.....;)

Phad Thai @ KRABI, Thailand

 Ini "Phad Thai" ori dari Thailad.....jauh beza dengan yang kat Malaysia.....
 Nampak lebih kering, rangup, fresh dan sodappp......

Cara nak makan, gaul bagi rata dan masukan dalam mulut....itu ja...;)

Sunday, April 21, 2013

SATA vs OTAK-OTAK KEMAMAN

SATA dari kemaman, Terengganu......

Sedap, 1st time makan yang rasanya cukup sedap siap ada cili padi utk rasa pedas.....manis2 + pedas memang tangkap leleh........kalau makan kat sekitar KL memang x jumpa macam ni.......alang2 sampai sana, balik tapau 20 biji buat makan di rumah.....perhhhhh.....
OTAK-OTAK Original from kemaman, memang terbaik, rasa isi ikan yang real.....jauh beza dengan otak-otak yang makan kat araea KL....kat KL biasanya isi merah dan kenyal2....yg ni putih dan lembut.......



Sunday, April 14, 2013

Phad Thai vs Pulut Mangga @ Food Republic OU

 Pulut Mangga - Menu kegemaran my wife....saya kureng sikit....tapi bolela kalau nak layan...sedap jugak.
Phad Thai - 1st time makan masa honeymoon kat Krabi dulu, sekali kena terus nak lagi n bila kat Malaysia rupa-rupanya menu ni pun ada, tapi ada beza sikit, kat sini Phad Thai agak basah (lebih minyak kot rasanya) tapi kat Krabi ianya kering sikit n rangup sayurnya....kalau nak cari boleh cari di Food Republic kat OU Damansara....kat situ banyak juga menu-menu dari negara luar antaranya Jepun, Korea, Indon dan Thailand......

Mee Udang Sg. Dua @ AUR GADING



 Kupang Masak Pedas - Boleh tahan rasanya, tapi x berapa kena dengan selera..lagipun kuahnya cair dan x pedas seperti nama menunya.....


 Menu utama yang wajib order, nama pun restoran mee udang kan...yang ni utk dua orang makan....dia akan bagi dalam magkuk besaq, so cedok sendiri dalam pinggan masing2.....meenya agak lain dengan mee udang Kuala Sepetang Mak Jah.....kuahnya ala-ala mee rebus, siap ada telur rebus lagi, udangnya pun besaq, mungkin sebab yg ni special kot....kalau kat Mak Jah x ada mcm ni....tapi bagi saya, dua2 mee udang di Sg. 2 n di Kuala Sepetang sedap.....memenuhi citarasa saya....boleh dijadikan tempat wajib singgah kalau lalu......boleh layannnn.....sedapppp.....
 Lain-lain menu yang ada di Restoran Mee Udang Aur Gading ini......
Saiz kerang agak besar dan nampak freshhhhh.....

Meat Vege With Cheese


Hirisan pelbagai sayuran dan digulung dengan hirisan daging nipis kemudia di letakkan sikit keju kemudia di grill....hasilnya ini jadinya.....rasa bole tahan....



D'ONE STEAK

Steak D'One yang terletak di Persiaran Pusat Bandar 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (03-8926 2184) menyediakan steak yang akan bagus dengan harga yang berpatutan. Boleh dijadikan sebagai antarakoleksi restoran steak yang boleh dikunjungi.‎